fbpx

Polis rampas 50 batang kabel optik dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KABEL optik bertaburan selepas sebuah pacuan empat roda terbabas dan terbalik di sebuah kebun di Kampung Batu Bor di Temerloh, hari ini.

TEMERLOH – Polis berjaya merampas 50 batang kabel optik yang dipercayai dicuri daripada sebuah pacuan empat roda yang terbabas dan terbalik ketika melarikan diri, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, polis menerima aduan kira-kira pukul 3.53 pagi berkenaan kejadian curi kabel di jalan besar Jalan Maran-Temerloh berhadapan sebuah stesen minyak Petronas.

“Apabila unit kereta peronda (MPV) sampai di persimpangan Kampung Paya Jauh, didapati dua kenderaan jenis Toyota Hilux bewarna putih cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dengan memasuki persimpangan Kampung Charuk Puting.

“Apabila sampai di kebun kelapa sawit berdekatan Kampung Batu Bor, Chenor sebuah pacuan empat roda telah merempuh pagar dawai kebun itu menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik,”katanya, di sini hari ini.

Tambahnya dua lelaki yang menaiki pacuan empat roda berkenaan telah melarikan diri ke dalam hutan, manakala sebuah lagi pacuan empat roda tidak dapat diekori.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas pacuan empat roda terbabas telah menemukan kira-kira 50 batang kabel optik yang telah dipotong berukuran satu meter panjang bertaburan di atas tanah dan beberapa peralatan untuk mencuri seperti pemotong kabel berada di dalam kereta.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan termasuk mengesan suspek terlibat.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, siasatan di tempat kejadian menemukan sebatang kabel yang telah ditarik sepanjang kira-kira 100 meter.

“Unit anjing pengesan telah dipanggil untuk membantu mengesan suspek yang tmelarikan diri dan polis berusaha mengesan semua suspek dalam kes ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI