fbpx

Pesawat terhempas: Ahli keluarga tiba di lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga nahas pesawat ringan tiba di Kampung Tok Muda, Kapar hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Empat dipercayai ahli keluarga mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas tiba dii Kampung Tok Muda, Kapar di sini.

Mereka tiba kira-kira pukul 5.23 petang dan dibawa ke satu ruangan khas berhampiran Pusat Kawalan Operasi Bencana di lokasi tersebut.

Setakat pukul 5.55 petang, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada ahli keluarga tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut hadir di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.45 petang bagi meninjau operasi mencari dan menyelamat.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 petang tadi bagi penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI