fbpx

Lelaki terperangkap air pasang besar panjat pokok tunggu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berjaya diselamatkan selepas terperangkap akibat air pasang besar di seberang sungai Kampung Semariang Pinggir, Kuching.

KUCHING – Seorang lelaki bertindak memanjat pokok bagi mengelak dihanyut arus deras, sementara menunggu bantuan selepas terperangkap akibat air pasang besar di seberang sungai Kampung Semariang Pinggir, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sejurus menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.27 malam tadi, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa mangsa iaitu Mohd Zulfika, 33, memasuki hutan pada pukul 12 tengah hari untuk mengambil kayu dan terkandas akibat air pasang besar.

“Penduduk kampung juga mengatakan mangsa dapat dihubungi dan dia memaklumkan bertindak memanjat pokok tinggi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya pasukan operasi bertindak membuat penilaian risiko terlebih dahulu dan membuat perbincangan dengan pihak polis serta Ketua Kampung untuk menyelamatkan mangsa menggunakan bot penduduk kampung.

Beliau berkata mangsa kemudian berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung tanpa mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI