fbpx

Kampung Baru Cina: Kor Ming enggan panjangkan isu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) merasmikan projek pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodland di Bandar Baru Tambun, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan lagi cadangan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, beliau enggan lagi mengulas perkara itu kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.

“Adalah lebih baik isu berkenaan tidak terus dipanjangkan lagi, sebaliknya fokus kepada agenda lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat.

“Saya tahu, sekali saya komen, satu perkataan jadi lari tajuk. Cerita itu pun sudah tutup, tidak ada isu pun sebenarnya jadi eloklah kita ‘move on’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian projek pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland dekat Tambun di sini.

Media sebelum ini melaporkan pihak kementerian sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak pelbagai pihak termasuk UMNO, dengan Kor Ming kemudiannya memaklumkan telah menghubungi barisan pemimpin parti tersebut bagi membincangkan perkara berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi namun menegaskan parti itu menolak cadangan menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI