fbpx

Wanita tanpa pakaian lemas di tasik kerana kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membawa keluar mayat mangsa di Pandan Lake View, Pandan Perdana, Ampang, semalam.

AMPANG JAYA – Polis telah mengenal pasti identiti wanita yang ditemukan lemas dalam keadaan tidak berpakaian di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa merupakan wanita tempatan berusia 53 tahun.

Kata beliau, motif kejadian dipercayai akibat mangsa mengalami kemurungan.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang yang mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas.

“Mangsa merupakan penduduk di kawasan sekitar, motif kejadian dipercayai mangsa mengalami kemurungan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita tidak berpakaian ditemukan maut akibat lemas di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana di sini.

Kejadian itu dimaklumkan oleh orang awam selepas melihat mangsa berjalan kearah tasik itu tanpa berpakaian pada pukul 8.13 pagi.

Mayat mangsa berjaya dibawa naik oleh pihak bomba dua jam selepas kejadian itu dilaporkan namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI