fbpx

[VIDEO] Guru sebak murid tahan air mata terima berita kematian bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @_nur.d di laman TikTok.

PETALING JAYA – “Kuatnya anak murid cikgu”. Begitulah luahan hati seorang guru apabila melihat anak muridnya menahan air mata selepas menerima berita kematian bapanya beberapa minit sebelum majlis graduasi berlangsung.

Menurut hantaran @_nur.d di laman TikTok, dia berkata, guru-guru yang lain juga tidak dapat menahan sebak dan turut mengalirkan air mata setelah melihat reaksi anak murid tersebut di atas pentas.

“Beberapa minit sebelum majlis bermula, dapat berita yang ayah awak baru meninggal dunia.

“Cikgu tidak mahu awak menangis. Apa yang cikgu boleh buat, cikgu cepatkan giliran awak supaya awak boleh balik dulu.

“Semua guru sedih dan sebak tengok awak tahan air mata,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai kebanyakannya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut.

“Mesti dalam hati adik ni terdetik rasa tak sabar untuk balik dan tunjuk pada ayah, tetapi tak sempat. Tuhan, tolong jagakan anak ini baik-baik, jangan benarkan sesiapa sakiti dia,” kata N.

“Mesti bagus cikgu ni. Anak saya anak yatim juga tetapi layanan (guru) pada anak saya sangat istimewa sampaikan tak pernah rasa kurang kasih sayang seorang bapa,” kata Angah.

“Sama seperti saya. Sehari sebelum peperiksaan terakhir, ayah saya pergi. Masa itu, semua orang sibuk sampai terlupa saya seorang diri menangis dalam bilik sewa. Sudahlah tidak dapat balik, kena jawab peperiksaan pula,” kata Yaya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 138,300 tanda suka dan 915 komen. – KOSMO! ONLINE

@_nur.d Semoga awak membesar jadi anak yang soleh 🤲🏻🌹 #anakpasticemerlanggemilang #pasti #alfatihah ♬ suara asli – Sadvibes🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI