fbpx

Pemandu kereta bergaduh guna tongkat di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan antara warga asing dan tempatan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Tular di laman sosial pergaduhan dua kumpulan pengguna jalan raya menggunakan senjata seperti tongkat dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, hari ini.

Menerusi rakaman video berdurasi 54 saat itu menunjukkan pergaduhan disyaki warga asing yang memandu kereta Mitsubishi Lancer bernombor pendaftaran Singapura dengan Toyota Fortuner.

Pemandu Toyota Fortuner dilihat menghalang kereta Mitsubishi Lancer sebelum pemandu warga asing itu cuba melanggar seorang lelaki yang memakai baju-T berwarna putih.

Pemandu warga asing kemudian bertindak keluar dari kereta dan cuba memukul lelaki tersebut menggunakan tongkat sebelum terkena cermin belakang Toyota Fortuner

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya mengesan video berkenaan di laman sosial.

Siasatan lanjut mendapati kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 139.6, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh, kira-kira pukul 1.58 tengah hari tadi.

“Polis Daerah Muar menerima satu laporan berhubung kejadian seperti video yang tular itu di Balai Polis Pagoh.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Polis akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja menerima maklumat lanjut berhubung kejadian itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI