fbpx

[KEMASKINI] Tak puas hati dihalang guna laluan kecemasan punca gaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan antara warga asing dan tempatan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Tidak berpuas hati dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan menjadi punca pergaduhan antara pemandu warga asing dan tempatan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Pagoh di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1.58 tengah hari ketika pemandu Toyota Fortuner warga tempatan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Katanya, pemandu tersebut ternampak sebuah kereta Mitsubishi Lancer bernombor pendaftaran Singapura berwarna merah yang dipandu suspek menggunakan laluan kecemasan dan bertindak menghalang kenderaan berkenaan.

“Tindakan itu menyebabkan pergaduhan mulut antara mangsa dan suspek sebelum lelaki warga asing mengetuk cermin kenderaan lelaki warga tempatan menggunakan sebatang tongkat.

“Suspek terus beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan kejadian tular pergaduhan dua kumpulan pengguna jalan raya menggunakan senjata seperti tongkat dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, hari ini.

Susulan itu, Raiz Mukhliz berkata, pihaknya mengesan video berkenaan di laman sosial.

Siasatan lanjut mendapati kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 139.6, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh, kira-kira pukul 1.58 tengah hari tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI