fbpx

Kudung jari kelingking, Shahronizam trauma potong ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARONIZAM juga ada perancangan untuk memohon kad OKU atas 'kekurangan' yang dihadapinya kini.

PETALING JAYA — Kecacatan kekal, hilang jari kelingking akibat kecuaian sendiri semasa memotong ayam membuatkan pelakon senior Shahronizam Noor hidup dalam trauma, selain bimbang insiden sama berulang kembali.

Shahronizam, 52, berkata, dia kini lebih berhati-hati dalam melakukan apa jua kerja rumah yang melibatkan objek tajam.

“Sekarang ini saya lebih berhati-hati malah fungsi tangan pun sudah kurang berbanding dahulu, dah tak kuat, ada benda tak boleh buat.

“Kalau ada babak melibatkan fizikal seperti berlawan atau perlu aksi saya ada kekurangan sikit, dah tak boleh lincah macam dulu lagi.

“Dua atau tiga hari sebelum ini pun saya potong ayam menggunakan sebelah tangan sebab risau nanti ibu jari pula yang hilang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya adakah pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu merancang untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU), dia mengangguk, namun dalam masa sama belum berkesempatan berbuat demikian.

“Saya rancang nak buat, atas nasihat rakan-rakan pun suruh saya buat kad OKU tu cuma belum sempat buat lagi.

“Mereka kata ada juga kegunaan kad OKU itu di kemudian hari seperti boleh dapat bantuan.

“Insya-Allah saya akan buat selepas ini, tunggu ada masa sikit, sekarang ada banyak kerja yang perlu diselesaikan,” jelasnya pada malam gala filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam, kelmarin.

Terdahalu, sekitar April tahun lalu, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu kehilangan jari kelingking tangan kiri selepas pisau pemotong daging digunakan untuk memotong ayam tersasar.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu Shahronizam, Waruga: Kutukan Ilmu Hitam bersama Zahiril Adzim, Datin Elvina Mohamad dan Eriza Aliya akan menemui penonton di pawagam bermula 15 Februari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI