fbpx

Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming bagi mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, tetapi UMNO berpandangan implikasi terhadap cadangan ini terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.

“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan tersebut akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.

“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.

“Nga Kor Ming mesti memahami bahawa isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu,” jelasnya hari ini.

Tambah Asyraf, cadangan seumpama tersebut hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dikalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan.

“Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang menggangu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam perlembagaan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI