fbpx

Himpunan Selamatkan Syariah: Mahkamah Persekutuan sudah putuskan, peserta kekal berhimpun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin parti pembangkang bersama orang ramai ketika berhimpun pada Himpunan Selamatkan Syariah di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Peserta Himpunan Selamatkan Syariah kekal berhimpun di Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) sambil bermunajat selepas selesai solat hajat sekitar 9.30 pagi tadi.

Mereka kekal tidak berganjak biarpun keputusan tidak rasmi oleh Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengisytiharkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah untuk dikuatkuasakan di negeri itu.

Malah, peserta masih bersemangat biarpun keadaan cuaca semakin panas.

Jurucakap majlis himpunan, Kamaruzaman Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok berkata, beliau mahu peserta kekal berhimpun sementara menunggu keputusan rasmi dikeluarkan.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan diadakan selepas himpunan yang akan dikendalikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI