fbpx

PBAPP minta SPAN laksana pembenihan awan di Empangan Air Itam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kapasiti efektif empangan Air Itam berada pada paras 32.8 peratus, setakat hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memohon bantuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air Empangan Air Itam dan Loji Rawatan Air (WTP) Air Itam.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K.Pathmananthan berkata, PBAPP secara rasmi telah menulis surat kepada SPAN pada 2 Februari lalu bagi tujuan berkenaan.

Menurutnya, PBAPP meminta Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman membantu dalam merancang dan melaksanakan operasi pembenihan awan pada Mac depan (musim antara monsun) untuk menyokong usaha PBAPP meningkatkan kapasiti efektif empangan Air Itam.

“Kami telah menyatakan bahawa operasi pembenihan awan adalah penting bagi PBAPP untuk mengekalkan perkhidmatan bekalan air berterusan di Air Itam, bagi manfaat kira-kira 30,000 pengguna air termasuk pengguna domestik dan bukan domestik.

“Kami juga telah memaklumkan kepada SPAN bahawa operasi pembenihan awan pada Mei dan Jun 2023 telah menyumbang kepada jumlah hujan sebanyak 30.5 milimeter
(mm) di kawasan tadahan Empangan Air Itam dan LRA Air Itam tahun lepas,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, PBAPP juga merancang untuk mendapatkan pengesahan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang minggu ini untuk memulakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI