fbpx

Operasi bawa keluar jasad Zahalita masuk hari ke tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter MI - 171 Unit Udara JBPM Pengkalan Udara Subang digunakan untuk operasi membawa pulang jenazah pendaki wanita yang meninggal dunia di Gunung Risket, Kuala Tahan, Jerantut.

LIPIS – Usaha membawa keluar jenazah pendaki wanita, Zahalita Othman, 53, yang meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan, Jerantut memasuki hari ke tiga hari ini.

Timbalan Komander Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM, Subang, Penguasa Bomba Kanan 1, Mohd Ruzaidi Ramlee berkata, pihaknya memulakan penerbangan pukul 7.30 pagi dengan menaiki helikopter MI-171 Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Semalam kira-kira pukul 3.30 petang sekali lagi kita telah terbang ke lokasi namun sebaik tiba awan dan kabus tebal menghalang dalam jarak kira-kira 4,200 kaki.

“Justeru itu, kita tidak boleh menghantar pasukan penyelamat ekoran penglihatan terhad dan keadaan tidak mengizinkan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Ruzaidi berkata, adalah diharapkan agar cuaca pada pagi ini dalam keadaan baik sekaligus membantu pasukan penyelamat menjalankan operasi mengeluarkan jenazah mangsa.

Selasa lalu seorang pendaki wanita meninggal dunia di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan, Jerantut, kira-kira pukul 7.30 pagi dipercayai akibat sesak nafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN