fbpx

Lebuh raya menghala Pantai Timur mula sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan semasa trafik di KLK sebentar tadi.

PETALING JAYA – Trafik dilaporkan mula sesak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menuju Pantai Timur sebentar tadi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sesawang Kamera Trafik Lebuh raya Malaysia (Jalan.now) menyaksikan, kenderaan mula memenuhi Plaza Tol Gombak arah Timur bermula pukul 3 petang tadi.

Menerusi laman sesawang itu juga, keadaan trafik di KLK berhampiran Genting Sempah juga dilaporkan sesak dengan kenderaan yang mula meninggalkan ibu kota hari ini bersempena cuti Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.4 juta kenderaan bakal melalui semua lebuh raya utama negara bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI