fbpx

Taib Mahmud sakit, dirawat di rumah – Abang Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib -GAMBAR HIASAN

KUCHING – Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sedang sakit dan masih dalam rawatan di rumah, kata Premier Datuk Patinggi, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita ada doktor dan jururawat dari Pusat Pakar Perubatan Normah yang memantau keadaannya,” katanya apabila ditanya tentang keadaan Abdul Taib, hari ini.

Beliau ditemui sempena Hari Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata, belum lagi melawat Abdul Taib memandangkannya masih dalam rawatan.

“Saya belum lagi terima laporan terkini mengenainya tapi beliau dalam keadaan sakit,” katanya.

Dua hari lepas, Abdul Taib dilaporkan dibawa keluar tanpa kebenaran oleh salah seorang ahli keluarganya ketika sedang dirawat di hospital.

Sebelum ini Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, dengan memberitahu lapan laporan polis telah diterima termasuk laporan daripada ahli keluarga Taib.

Hari ini Mancha dilaporkan mengesahkan Abdul Taib kini berada di kediaman peribadinya di Demak Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI