fbpx

Sediakan petugas di pam stesen minyak elak warga asing beli RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Pemilik stesen minyak diminta untuk menempatkan seorang petugas di kawasan pam bagi membolehkan kawalan dibuat untuk mengelak pembelian petrol RON95 oleh pemilik kenderaan warga asing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, langkah itu boleh dibuat bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan tanggungjawab daripada pemilik premis kerana mereka terikat dengan peraturan ditetapkan kerajaan.

Tambah Lilis Saslinda, orang awam juga diminta untuk tidak bersemuka dengan individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan sedemikian kerana dibimbangi boleh menyebabkan pergaduhan atau perkara tidak diingini.

“Penguatkuasa kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut kepada lunas undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Senai, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menegaskan pihaknya tidak ‘tidur’ dalam memastikan penguatkuasaan terhadap minyak petrol RON95 yang dijual di stesen-stesen minyak negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI