fbpx

Motosikal langgar skuter gara-gara McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNGGANG skuter dan motosikal berlanggar sesama sendiri disebabkan kereta McLaren di Bengaluru baru-baru ini.- Foto X

NEW DELHI, India – Gara-gara taksub untuk merakam video sebuah supercar, dua penunggang skuter terjatuh akibat dilanggar sebuah motosikal dan hampir menyebabkan kemalangan maut di sebatang jalan di Bengaluru, lapor laman berita India Today semalam. 

Berdasarkan rakaman insiden yang dimuat naik di platform X, dua penunggang skuter tersebut mengikuti kereta McLaren untuk membuat rakaman.

Disebabkan tidak menyedari tedapat motosikal lain di belakang, mereka terjatuh di atas jalan akibat dilanggar.

Video itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai isu keselamatan jalan raya.

“Penunggang skuter yang mengekori kereta McLaren di jalan Vittal Mallya berlanggar antara satu sama lain. Orang ramai sangat taksub untuk merakam video supercar,” demikian menurut  keterangan video tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI