fbpx

Bayi perempuan 11 bulan disyaki didera di pusat asuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disyaki telah didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di sebuah taman perumahan di Nilai di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lebih kurang pukul 6.12 petang semalam, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 20-an yang menyatakan anak perempuannya telah didera di pusat asuhan terbabit.

“Siasatan awal oleh pihak polis mendapati kejadian berlaku pada Isnin lalu, lebih kurang pukul 8 pagi hingga 6.18 petang. Pusat asuhan tersebut telah beroperasi selama lebih kurang 20 tahun dan penubuhannya mendapat kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang merupakan pekerja pusat asuhan kanak-kanak telah memukul mangsa. Hasil keterangan pakar perubatan yang merawat mangsa menyatakan mangsa mengalami kecederaan bengkak di bahagian mata kemungkinan terkena objek yang keras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, susulan daripada kejadian ini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Jenayah IPD Nilai telah membuat tangkapan ke atas suspek seorang wanita berusia 66 tahun yang merupakan pekerja pusat asuhan tersebut.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI