fbpx
Sarimah (kanan) bersama ibunya Jamaliah (tengah) dan Salwana menunjukkan salinan laporan polis dan gambar Mohd. Hafiz di rumah mereka di Kampung Belibis, Ewa, Langkawi semalam.

Keluarga tuntut keadilan atas kematian Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – “Sekali pun adik kami bersalah, negara kita ada undang-undang.”

Demikian tegas ahli keluarga Allahyarham Mohd. Hafiz Salleh, 31, yang meninggal dunia ketika dirawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas ditahan anggota polis dalam kejadian pada 29 Januari lalu.

Mohd. Hafiz didakwa dice­derakan ketika operasi narkotik di sebuah stesen minyak di Ayer Hangat di sini, bulan lalu.

Kakak mangsa, Sarimah, 35, mendakwa, mereka hanya me­ngetahui kejadian menimpa Mohd. Hafiz setelah dihubungi pihak Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini yang meminta tandatangan waris sebelum pembedahan dilakukan ke atas mangsa.

Katanya, mereka boleh mene­rima ketentuan sekiranya Mohd. Hafiz dijatuhkan hukuman atas kesalahan dilakukan.

“Namun, apa yang berlaku amat menyedihkan kami sekeluarga kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

“Kami cuba tanya doktor macam mana adik boleh berada di hospital tetapi doktor kata perlu menyelamatkan dia terlebih dahulu dan hanya memaklumkan ada pendarahan teruk di otak sehingga dia koma,” katanya.

Adik mangsa, Salwana, 26, mendakwa, dia mendapat panggilan daripada pegawai polis yang mengendalikan kes Mohd. Hafiz, namun tidak mendapat sebarang penjelasan selain dimaklumkan belum memulakan siasatan.

Katanya, dia turut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Ada anggota memaklumkan abang agresif semasa tangkapan dibuat, tetapi semasa di bilik siasatan abang dikatakan tiba-tiba muntah dan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.

“Keadaan abang semasa kami temui penuh dengan kesan lebam di mata dan badan, bahagian atas kening juga terkoyak,” ujarnya.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada polis memaklumkan kes itu diambil alih Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh akan memberi maklum balas berhubung dakwaan tersebut pada sidang akhbar hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN