fbpx

[VIDEO] Tesla rempuh tembok batu di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dimuat naik YC Shaun di Facebooknya.

PETALING JAYA – Tular video seorang pemilik kereta elektrik, Tesla merempuh sebuah tembok batu di kawasan perumahan di Serdang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik YC Shaun di Facebook, beberapa video dan gambar memaparkan tembok batu yang pecah akibat dirempuh kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, kereta elektrik terbabit hanya mengalami sedikit kemek, manakala cerminnya tidak pecah serta berada dalam keadaan baik.

Difahamkan pemandu yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah restoran.

Pemandu itu mendakwa laluan gelap dan tidak melihat tembok batu itu.

Ujar YC Shaun yang dipercayai menetap di kawasan kejiranan itu, tembok batu tersebut sudah dibina 10 tahun lepas oleh penduduk untuk melindungi kediaman mereka.

“Tembok batu itu dibina ketika kawasan itu belum dimajukan sepenuhnya. Kalau anda duduk di kawasan sekitar perumahan itu anda mesti tahu kenapa tembok itu harus dibina.

“Kewujudan tembok itu dikemas kini dalam semua peta dalam talian. Pelik pemandu tu tak nampak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI