fbpx

Adik Abdul Taib, Muhammad Tufail buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib.

KUCHING – Adik Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud iaitu Datuk Muhammad Tufail membuat laporan polis berhubung dakwaan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak dibawa keluar ketika menerima rawatan di sebuah hospital pakar di sini.

Dalam laporan polis yang dibuat Muhammad Tufail yang turut tular itu, beliau meminta polis untuk menyiasat perkara tersebut.

Muhammad Tufail menegaskan, beliau dan ahli keluarga terdekat akan meminta pihak berkaitan bertanggungjawab jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas Abdul Taib, yang kini dilaporkan tidak sihat dan memerlukan pemerhatian serta rawatan yang sewajarnya di hospital.

Muhammad Tufail membuat laporan itu kira-kira pukul 11 malam tadi selepas dimaklumkan mengenai laporan polis awal yang dibuat oleh doktor bertugas.

Muhammad Tufail dalam laporan sama berkata, beliau dan ahli keluarga tidak mengetahui kedudukan semasa dan status kesihatan atau perubatan Abdul Taib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI