fbpx

Yi Wei pimpin Ragbi Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YI WEI (lima dari kiri) menyifatkan pemilihannya sebagai Presiden KRS bukan kerana politik, tetapi disebabkan cintanya terhadap sukan ragbi.

KESATUAN Ragbi Selangor (KRS) kini berwajah baharu apabila badan induk itu dipimpin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei bagi tempoh tiga tahun.

Yi Wei menegaskan, beliau memegang jawatan itu bukan disebabkan kepentingan politik, sebaliknya kerana minat mendalam terhadap sukan berke­naan kerana pernah bergelar pemain ragbi ketika menuntut di Universiti Hong Kong.

Justeru, beliau berharap ­dengan barisan baharu kali ini dapat mengembalikan reputasi Selangor sebagai gergasi ragbi Malaysia terutama memenangi ­semula gelaran Piala Agong.

“Pertama sekali saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada yang mencalonkan saya terutama Kelab Ragbi Cobra. Pastinya jawatan ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang amat berat.

“Seperti yang saya katakan dalam ucapan, saya tidak masuk sebagai ahli politik yang mahukan jawatan dalam kelab atau kesatuan sukan semata-mata mencari glamor. Kehadiran saya sebagai seorang pencinta sukan ragbi dan kami akan berusaha yang terbaik memimpin KRS.

“Matlamat utama adalah mengembalikan Selangor sebagai kuasa besar ragbi dan fokus ketika ini melakukan persiapan membentuk pasukan terbaik ­untuk Piala Agong dan Sukma (Sukan Malaysia) Sarawak,” katanya.

Dalam masa sama, Yi Wei menjelaskan, KRS perlu perba­nyakkan lagi aktiviti pembangunan serta pendedahan di semua peringkat termasuk akar umbi serta dan sekolah.

“Dengan adanya pelbagai program, kita mempunyai ramai pemain yang boleh diketengahkan,” katanya yang menjadi presiden wanita pertama memimpin persatuan sukan ragbi di Malaysia.

Sejak menjulang Piala Agong pada 2006, Selangor gagal me­rampas semula trofi berprestij itu dengan Polis Diraja Malaysia menjadi juara edisi tahun lalu selepas menewaskan Putrajaya 29-22 pada final di Stadium Ragbi Perak, Ipoh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN