fbpx

Santos FC bakal uji Sang Kenari di Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Santos FC akan menjalani sesi latihan Pramusim di Qatar dan Malaysia bermula Ahad ini. - Foto ihsan FB Santos FC

PETALING JAYA – Kelab berpengaruh Brazil, Santos FC mengesahkan bakal melakukan siri Jejalah Asia Tenggara dan bakal menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 17 Februari depan.

Kelab berpangkalan di Santos yang bertanding pada Liga Divisyen 1 (Serie A) Brazil tahun lalu mengakui Malaysia dan Qatar menjadi negara pilihan dalam lawatan pertama Santos FC ke negara Asia.

Skuad kendalian Fabio Carille dilaporkan akan terbang ke Doha, Qatar untuk menyertai kejohanan Equality Cup membabitkan pasukan Zenit St. Petersburg dari Rusia, Shanghai Shenhua dari China dan pasukan tuan rumah, Al Duhail.

Kejohanan pramusim itu akan bermula pada 4 hingga 13 Februari depan sebelum kelab itu akan terbang ke Malaysia untuk menjalani kem latihan pusat seterusnya.

Santos FC merupakan kelab elit Brazil yang pernah diwakili beberapa pemain berpengaruh Selecao seperti Pele dan Neymar.

Namun, kemelut prestasi yang tidak menentu menyaksikan pasukan itu tersingkir ke Liga Divisyen 2 Brazil (Serie B) bermula musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI