fbpx

Piala Asia: Jordan tempah slot separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Jordan meraikan kemenangan yang dilakar ke atas Tajikistan sebentar tadi. - Foto ihsan AFC

PETALING JAYA – Pasukan Jordan memahat sejarah baharu apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia 2023 buat kali pertama selepas menyingkirkan Tajikistan dengan kemenangan 1-0 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali itu, skuad The Chivalrous membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti Mahmoud Al Mardi, Musa Al Tamari dan Yazan Al-Naimat mengetuai jentera serangan.

Jordan dilihat bermula lebih garang apabila percubaan Al Mardi pada awal saingan gagal menepati sasaran.

Bersambung pada babak kedua, Tajikistan yang dikendalikan oleh Petr Segrt menggandakan asakan dan hampir meraih jaringan menerusi percubaan Shervoni Mabatshoev tetapi berjaya dihadang pemain pertahanan, Yazan Al Arab.

Jordan akhirnya pecahkan kebuntuan apabila pertahanan lawan, Vahdat Hanonov tertampan masuk gol ke gawang sendiri menerusi tandukan yang dilakukan oleh Abdullah Nasib pada minit ke-66.

Jordan yang menduduki ranking ke-87 dunia hampir menggandakan kedudukan menerusi Al Taamari berselang dua minit kemudian hasil serangan balas pantas tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga penghujung perlawanan.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga Kumpulan E bersama-sama Malaysia, Korea Selatan dan Bahrain sebelum ini menjadi negara pertama mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Pencapaian terbaik Jordan sebelum ini adalah pusingan suku akhir edisi 2004 dan 2011. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI