fbpx

PBAPP sedang muktamad pelan tingkat kapasiti Empangan Air Itam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi terkini paras air di Empangan Air Itam mencatatkan bacaan 34.6 peratus, hari ini.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang memuktamadkan cadangan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) yang berpotensi meningkatkan kapasiti efektif empangan daripada 34.6 peratus kepada 50 peratus menjelang akhir April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K. Pathmanathan berkata, konsep pelan itu adalah untuk mengurangkan sedikit pelepasan air dari empangan daripada purata aliran masuk air mentah ke dalam empangan setiap hari.

Menurutnya, Empangan Air Itam menerima kira-kira 15 juta liter air sehari (JLH) daripada tiga muka sauk iaitu muka sauk Balik Pulau, Sungai Tepi dan Sungai Pinang Barat.

“PBAPP merancang untuk mengurangkan pelepasan harian dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam sebanyak 75 peratus daripada 44 JLH kepada 11 JLH.

“Dalam tempoh tiga bulan atau 90 hari, simpanan terkumpul berjumlah kira-kira 360 juta liter, yang berpotensi meningkatkan kapasiti efektif empangan sebanyak kira-kira 15 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Empangan Air Itam mengalami penurunan kapasiti efektif yang mendadak ekoran cuaca panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI