fbpx

Isteri belasah suami terima poskad bekas kekasih 60 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan bangunan apartmen di Miami. - Foto AFP/Getty Images

MIAMI, Florida  – Seorang wanita ditangkap polis selepas suaminya cedera semasa mereka bertengkar dalam kejadian di Pantai Miami Utara, negeri Florida, lapor laman berita KIRO7 semalam.

Menurut saluran televisyen WTVJ, anggota-anggota Jabatan Polis Miami Utara bergegas ke sebuah rumah menjelang pukul 4 petang (waktu tempatan), Ahad lalu di alamat  blok 3500 Northwest selepas menerima aduan tentang insiden keganasan domestik.

Seorang lelaki dilaporkan memberitahu polis bahawa teman wanitanya dari 60 tahun lalu menghantar sekeping poskad kepadanya. Kejadian itu membuatkan isterinya, Bertha Yalter marah dan kecewa.

Menurut laporan tangkapan yang diperoleh saluran televisyen WPLG, Bertha, 71, didakwa cuba menekup lelaki itu dengan bantal. 

Suspek juga didakwa cuba menggigit dan memukul suaminya, lapor WTVJ pula.

Bertha ditangkap dan berdepan beberapa pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan mencederakan mangsa.

Lelaki itu dan Bertha telah berkahwin selama lebih 50 tahun, demikian menurut WPLG sebelum kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI