fbpx

Hong Kong lancar lintasan pejalan kaki selerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembinaan lintasan itu bertujuan memendekkan tempoh menunggu pejalan kaki di lampu isyarat. - The Standard HK

HONG KONG – Kerajaan Hong Kong melancarkan lintasan pejalan kaki selerak di beberapa simpang jalan di pusat bandar raya itu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Projek perintis yang dilancarkan pada 31 Januari lalu itu melibatkan beberapa simpang termasuk Jalan Sha Kok dan Jalan Yat Tai di kawasan Sha Tin.

Langkah itu dipuji rakyat kerana membantu mengurangkan masa menunggu di lampu isyarat.

Kejayaan projek perintis itu mendorong pihak berkuasa mengumumkan satu lagi usaha untuk membina lintasan pejalan kaki selerak di kawasan perbandaran Tsim Sha Tsui.

Langkah inovatif tersebut dijangka dilaksanakan di simpang Jalan Carnarvon dan Jalan Granville yang sibuk menjelang pertengahan tahun 2024.

Jabatan Pengangkutan Hong Kong akan memantau projek perintis di kedua-dua lokasi dalam masa beberapa bulan akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI