fbpx

Hoki 5s Malaysia ada potensi ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara bakal menerima ganjaran daripada Konfederasi Hoki Malaysia atas kejayaan muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024. – FIH

KEJAYAAN skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024 memberi gambaran peluang Malaysia ke Sukan Olimpik amat cerah jika Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) berjaya menyenaraikan acara itu di pentas berprestij tersebut.

FIH sebelum ini pernah me­nyatakan hasrat mahu mencadangkan hoki 5s dipertan­dingkan di pentas Sukan Olimpik selepas acara itu berjaya meninggalkan impak positif ketika mula diper­kenalkan pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2014.

Memandangkan FIH berjaya menganjurkan hoki 5s di peringkat Piala Dunia, tidak mustahil ia mampu diserapkan sebagai salah satu acara baharu Olimpik dalam tempoh terdekat sama ada edisi Los Angeles 2028, Brisbane 2032 ataupun penganjuran 2036.

Kejayaan Malaysia meraih tempat kedua Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas tewas 2-5 kepada Belanda pada final di Muscat, Oman awal pagi semalam perlu diteruskan sebagai langkah awal sekiranya ia benar-benar direa­lisasikan pada masa depan.

Malah, Presiden FIH, Datuk Tayyab Ikram dalam sidang akhbar di Oman baru-baru ini turut meluahkan kegembiraannya apabila hoki 5s akan menjadi acara tambahan selain hoki padang dan hoki dalam dewan pada temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Sementara itu, ketua jurulatih hoki 5s lelaki negara, Wallace Tan berbangga dengan kejayaan bersejarah dilakar anak-anak buahnya biarpun berdepan pelbagai kekangan dalam tempoh persediaan mereka yang dianggap agak singkat.

“Ini adalah pencapaian ter­tinggi untuk hoki Malaysia kerana tempat kedua adalah kedudukan yang saya boleh katakan terbaik. Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas semua sokongan kerana kami telah mencuba sehabis baik.

“Saya berharap para penyokong akan terus memberikan sokongan kepada pasukan hoki Malaysia,” katanya sejurus tamat aksi final menentang Belanda awal pagi semalam.

Lebih menarik, kapten yang juga penyerang negara, Mohammad Akhimullah Anuar Esook turut dinobatkan memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI