fbpx

Hantaran IG Siti Nurhaliza cetus persoalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik beberapa perkongsian berkaitan isu rumah tangga dalam InstaStorynya hari ini.

Menerusi beberapa perkongsian tersebut, Siti, 45, mengulang siar beberapa perkongsian mengenai cara suami melayan isteri dan ujian yang dilalui oleh seorang isteri.

Antara isu yang diulang siar oleh Siti ialah enam alasan mengapa suami tidak boleh membentak isteri dan ujian terbesar seorang isteri adalah suaminya.

Perkongsian tersebut seterusnya mengundang tanda tanya ramai sehingga ada yang mendakwa perkara tersebut mempunyai kaitan dengan rumah tangganya.

“Mungkin dia hanya berkongsi sebagai peringatan, jangan buat andaian bukan-bukan.

“Barangkali dia ada muat naik itu untuk orang yang dia kenal. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Siti sekeluarga,” kata netizen.

Pelantun lagi Anta Permana itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut dan telah memadamnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI