fbpx

Denda Najib dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar denda RM50 juta berbanding RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib dipertimbangkan lembaga itu.

Katanya, Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu dipengerusikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya memutuskan hukuman Najib diberikan pengurangan 50 peratus.

“Oleh itu, Najib dipersetujui dibebaskan pada tarikh pembebasan awal pada 23 Ogos 2028,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Jelas kenyataan itu, sekiranya Najib tidak membayar denda yang ditetapkan, tempoh penjara akan ditambah setahun lagi dengan tarikh pembebasan pada 23 Ogos 2029.

Sebelum ini, spekulasi mengenai pembebasan bekas Presiden UMNO itu hangat diperkatakan selepas sebuah agensi media luar negara melaporkan Najib bakal diberikan pengurangan hukuman dan denda, namun tidak mengesahkan jumlahnya secara tepat.

Pada 8 Disember 2021, Najib gagal dalam cubaan untuk melepaskan diri daripada hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Ketika ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI