fbpx

Chew Kin Wah nafi pindah Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEW KIN WAH

PETALING JAYA – Pelakon Chew Kin Wah menafikan dakwaan ramai bahawa dia kini sudah menetap di negara seberang, Indonesia.

Sebaliknya, atas tuntutan kerjaya sebagai seorang aktor, Chew, 59, dia terpaksa berulang-alik antara antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Katanya, dia sudah beberapa kali gagal meraih peluang berlakon dengan produksi tempatan susulan timbul khabar angin dia sudah berhijrah ke negara jiran.

“Ada pengarah mahu ambil saya berlakon tetapi pihak produksi enggan menghubungi kerana mendakwa saya sudah menetap di Jakarta.

“Realitinya, saya memang berada di Kuala Lumpur dan masih sebagai pemegang pasport Malaysia.

“Tawaran daripada produksi Indonesia tidaklah sebanyak yang didakwa sebab banyak dokumen perlu diuruskan, contohnya jika saya ke sana tanpa permit bekerja, saya pasti akan ditahan pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rain Town di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Puteri Qaseh itu turut menyangkal dakwaan bahawa dirinya cerewet dalam memilih tawaran lakonan.

Realitinya, dia hanya menitikberatkan isu tempoh bekerja selain bayaran yang setimpal dengan usia dan pengalamannya sebagai pelakon.

“Soal harga perlu ada ‘demand’ sebab industri kita bukan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau insurans.

“Selain isu harga, saya memang tegaskan pada pihak produksi bahawa tempoh masa bekerja tidak lebih 12 jam sebab kalau terlalu lama dan badan penat, risau ada hal lain berlaku. Pasti akan menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

Selain Chew, Rain Town arahan Tunku Mona Riza turut dibintangi Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Rain Town yang mengetengahkan dialek kantonis bakal menemui peminat filem tanah air di pawagam seluruh negara pada 8 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI