fbpx

Norreen Iman menangis padam foto tak bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman kini sudah bertudung sepenuhnya.

PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tiada secebis penyesalan apabila kini memutuskan untuk bertudung sepenuhnya.

Norreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah berkata, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama (tidak bertudung) namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya sekarang.

“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.

“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya menerusi muat naik dalam Instgram Story.

Ujar pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku itu lagi, dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung namun percaya, kesemua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.

“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).

“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.

Terdahulu, Norreen menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej memakai tudung baru-baru ini.

Walaupun masih tak sempurna dalam menutup aurat, ramai yang mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI