fbpx

Lori terbabas rempuh penunggang motosikal, rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang cedera setelah dirempuh lori di hadapan sebuah sekolah di Kepala Batas, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang penunggang motosikal cedera setelah dirempuh sebuah lori tiga tan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa Mohd. Isa Baharom, 50, dirempuh lori yang dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti mengejut di lampu isyarat pejalan kaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, lori berkenaan juga terbabas ke kawasan letak kereta sebuah rumah di tepi jalan.

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan sementara penunggang motosikal itu dibawa ke hospital dengan ambulans dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tengah hari tadi.

“Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang hilang kawalan sebelum melanggar motosikal jenis Honda Wave dan penunggang yang berhenti di kawasan sekolah itu.

“Kemalangan turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser dan sebuah rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI