fbpx

Tiga pekerja imigran tonton konsert Coldplay secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA pekerja imigran dapat menonton konsert Coldplay secara percuma di Stadium National, Singapura, Sabtu lalu. - Foto krsnasfreemeal/TikTok

SINGAPURA  – Tiga pekerja imigran pergi menyaksikan konsert kumpulan rock Britain, Coldplay secara percuma di Stadium National, Singapura pada Sabtu lalu, lapor portal berita Today.

Mereka mendapat tiket daripada restoran Krsna’s Free Meals yang menyediakan makanan percuma kepada  pekerja imigran.

“Tidak seorang pun daripada mereka yang mengetahui tentang Coldplay. Namun, mereka menyedari  bahawa ia adalah sesuatu yang besar,” kata jurucakap restoran tersebut.

Walaupun kurang mengetahui tentang lagu Coldplay, mereka masih seronok menonton  konsert tersebut.

Restoran itu menyatakan, pihaknya menawarkan tiket percuma untuk mengajar mereka tentang kebaikan yang terdapat di dunia.

Bagaimanapun, sebahagian netizen ragu sama ada para pekerja imigran itu menikmati keseronokan menonton konsert itu kerana mereka mungkin tidak mengenali ‘band’ tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI