fbpx

PM salur sumbangan peribadi kepada penyanyi Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Perdana Menteri di laman media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan peribadi beliau kepada penyanyi veteran, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.

Anwar menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan, sumbangan tersebut disalurkan melalui Setiausaha Politik beliau ketika menziarahi penyayi tersebut.

“Alhamdulillah, Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi seniwati Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman atau Shima.

“Shima kini menghidap penyakit bronchitis sehingga menyebabkan beliau tidak boleh menyanyi sekali gus terputus sumber pendapatan.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima,” tulis Anwar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mendoakan kesihatan yang baik serta diberikan kekuatan kepada seniwati tersebut.

“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, Shima yang terkenal menerusi lagu Teringin itu mengalami tu masalah keradangan salur pernafasan sejak beberapa tahun lalu.

Kehidupan Shima semakin perit apabila mengalami penyakit misteri selain masalah sakit saraf dan tulang belakang yang ditanggung menyebabkannya terpaksa menutup Warung Teringin pada Mac 2019.

Dia terpaksa menerima hakikat dikategorikan sebagai golongan asnaf oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI