fbpx

Penjual aiskrim gamit perhatian mirip Putera Mateen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga aiskrim di Gunung Bromo ini menjadi sensasi internet kerana wajahnya dikatakan menyerupai Putera Mateen. – TikTok

JAKARTA –  Seorang penjual aiskrim di Gunung Bromo, wilayah Jawa Timur tular di media sosial kerana memiliki wajah dikatakan mirip Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.

Lelaki  memakai jaket ungu dan bertopi hitam itu sesekali dilihat tersenyum ke arah kamera ketika menyedari aksinya dirakam.

“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.

“Sangat seiras!” kata seorang netizen.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI