fbpx

Jalan ‘pokok pisang’ di Lahad Datu sudah ditar baharu – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar jalan 'pokok pisang' di Lahad Datu, Sabah sebelum dan selepas diturap semula oleh pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Tidak sampai sehari pengguna media sosial memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sebatang pokok pisang ditanam atas jalan berlubang berhampiran Kampung Paris Satu, Jalan Sandakan-Lahad Datu, Sabah akhirnya laluan itu diturap semula.

Menerusi perkongsian di laman Facebook seorang individu dikenali sebagai Mahathir Aripin, kelihatan sebuah lori sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih jalan yang rosak di kawasan terbabit.

“Alhamdulilah, pagi tanam pisang, tak sempat bermalam, datang sudah dorang (pihak berkuasa) panen (memungut hasil),”selorohnya.

Semalam, Mahathir Aripin telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan sebatang pokok pisang telah ditanam di atas jalan raya.

“Kalau sudah ada hasil nanti beli tar sendri untuk tutup lubang itu, kasian (kesian) bah pengguna jalan raya,”tulisnya pada hantaran terbabit.

Tindakan itu dilakukan sebagai tanda protes oleh penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan dan mereka mahu pihak berkuasa menyelesaikan segera masalah terbabit.

Ini kerana Kosmo! difahamkan, kawasan terbabit berada kira-kira 500 meter dari lokasi kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia empat tahun meninggal dunia selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 117 Jalan Sandakan-Lahad Datu.

Susulan perkongsian itu juga, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai komen pada hantaran individu tersebut.

“Dorang (pihak bertanggungjawab) takut pisang membiak, nanti tambah tinggi kos pindah itu jalan,”kata Haris Wawasan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Ghokil.

“Lincah pula, kalau dorang (mereka) tidak tampal yang depan rumahku, esok aku viral lagi tanam durian,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI