fbpx

Lelaki diseret, kereta dilarikan penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diseret sejauh 10 meter ketika cuba mengejar penjenayah yang melarikan kereta Perodua Kelisa miliknya yang diletakkan di Jalan Besar Pasir Panjang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 9 pagi daripada mangsa berusia 42 tahun.

Menurutnya, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam kenderaan mangsa yang diletakkan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Besar Pasir Panjang.

“Mangsa cuba menghalang suspek dengan berpaut pada keretanya, namun diseret sejauh 10 meter. Akibat kejadian itu, mangsa cedera pada tangan, kaki dan belakang badan.

“Dengan tindakan pantas polis, suspek berjaya ditahan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ujar Aidi Sham, suspek berusia 34 tahun ditangkap di Batu 15.5 Pasir Panjang, di sini pada pukul 9.10 pagi.

Semakan mendapati suspek mempunyai 18 rekod jenayah lampau dan direman selama empat hari bermula 29 Januari sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI