fbpx

[VIDEO] Enam buah rumah di Kampung Baru hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba sedang memadamkan api kebakaran yang melibatkan enam buah rumah di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, hari ini.

PETALING JAYA – Enam buah rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 10.18 pagi sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian.

Ujarnya, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Tun Razak dan BPP Sentul digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi Kanan bertugas, Muhamad Hafidz Yaacob, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah jenis separa kekal berkeluasan 8,800 kaki persegi, terbakar 100 peratus.

“Tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan deffensive untuk mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran kemudiannya padam sepenuhnya pada pukul 11.09 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI