fbpx

Perak lancar My Digital NCR, simpan rekod perkahwinan versi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) ketika menghadiri majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 JAIPk di Ipoh hari ini.

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperkenalkan projek My Digital NCR untuk menyimpan rekod nikah, cerai dan rujuk (NCR) di negeri itu dalam versi digital.

Pengarahnya, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, projek itu akan melibatkan pembangunan sistem penyimpanan digital serta kerja-kerja mengimbas semula rekod NCR yang lama bagi disimpan secara digital.

“Sijil-sijil lama kita imbas dan kita simpan secara digital. Pernikahan yang berlaku sejak tahun 1920-an, 1950-an kita imbas untuk dimasukan secara digital sistem.

“Selepas ini jika hendak buat semakan, kita boleh lihat menerusi digital,” katanya pada majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 JAIPk di sini hari ini yang dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Harith Fadzilah berkata, projek itu setakat ini telah berjaya membangunkan sistem dan kerja-kerja mengimbas dokumen NCR Fasa Satu melibatkan sebanyak 40,253 unit dokumen di Pejabat Agama Daerah Lenggong, Daerah Pengkalan Hulu dan Selama.

Katanya, dianggarkan jumlah rekod yang ada sehingga hari ini adalah antara 500,000 hingga 700,000 helai dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI