fbpx

Lelaki didakwa fitnah TYT, Mufti Melaka di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat penyataan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mufti Melaka dan juga Pengerusi Melaka Sentral Sdn. Bhd. dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Razak Osman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melalui satu rakaman video didakwa telah membuat satu penyataan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mufti Melaka dan juga Pengerusi Melaka Sentral Sdn. Bhd.

Perbuatan itu dilakukan melalui video yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @othmanahamidjunior dalam kumpulan Whatsapp yang telah ditonton kira-kira pukul 3.30 petang di satu alamat Jalan SD2/21 Taman Seri Duyong 2 dalam daerah Melaka Tengah, 21 November 2022.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM7,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Peguam K. Shareveen yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya melakukan kerja sambilan dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Tertuduh juga dikatakan mengidap sakit jantung dan perlu dua anaknya berusia 19 dan 24 tahun yang masih belajar di universiti serta ibu mentua yang uzur.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dan menetapkan tarikh 14 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI