fbpx

Harimau gergasi lahap manusia, anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau Amur dikesan berkeliaran di kawasan perumahan di Timur Jauh, Russia. - East2West

MOSCOW – Spesies harimau terbesar dunia, harimau Amur menyerang penduduk Russia dan membunuh haiwan peliharaan mereka, lapor akhbar The Sun semalam.

Seorang lelaki dan anjing peliharaannya mati dibaham harimau Amur di rantau Timur Jauh, Russia dalam kejadian ngeri yang menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan situasi beberapa anjing pengawal diserang oleh harimau Amur.

Kejadian itu berlaku selepas Presiden Vladimir Putin memulakan kempen pemuliharaan harimau Amur di habitat semula jadinya di timur Russia.

Spesies harimau Amur dilaporkan terancam di Russia, namun populasinya semakin berkembang sejak kempen Putin dilancarkan.

Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih 750 harimau Amur hidup di habitat liar. Haiwan itu merayau dan memasuki bandar dan kampung. Selain berkeliaran di kawasan kejiranan, ia turut menyerang penduduk tempatan.

“Lonjakan kes serangan ini disebabkan oleh kemusnahan habitat harimau Amur akibat pembalakan, pemburuan berlebihan dan demam babi Afrika yang memusnahkan populasi babi hutan (makanan kesukaan harimau),” kata ahli zoologi Russia, Sergei Kolchin. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI