fbpx

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza (kiri) bersama Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki bergambar bersama hadiah utama Cabutan Tahunan Kategori Platinum, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.

PETALING JAYA – Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang dilancarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM1.3 juta.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata, kempen kali ini turut memberi kelebihan kepada pengguna aplikasi myPTPTN yang akan mendapat bilangan cabutan berganda.

“Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN akan mendapat lima cabutan manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN akan mendapat 10 cabutan.

“Jadi, rebutlah peluang memenangi hadiah lumayan dalam Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024. Simpan lebih, peluang menang pun lebih. Semoga Simpan SSPN sentiasa menjadi pilihan utama sebagai tabung pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancafan kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 di Hotel Royal Chulan, di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, PTPTN turut meraikan pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 kategori Cabutan Tahunan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000, tempat kedua (RM50,000) dan tempat ketiga (RM10,000).

Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Disember tahun ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit Simpan SSPN.

Lebih istimewa, buat julung kali Cabutan Siri WOW! diperkenalkan bagi menghargai insan-insan bermakna antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru termasuk perayaan dan Hari Kemerdekaan.

Bagi cabutan WOW! Gong Xi Ang Pow bermula dari 1 Januari sehingga 29 Februari, WOW! Syoknya Raya (1 Mac-30 April), WOW! Kasih (1 Mei-30 Jun), WOW! Merdeka (1 Julai-31 Ogos) dan WOW! Superheroes (1 September-31 Oktober).

Hadiah utama bagi cabutan siri berupa wang tunai bernilai RM10,000 untuk seorang pemenang manakala 180 pemenang saguhati menerima wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap siri.

Selain itu, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 juga menampilkan tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi Cabutan Tahunan dengan hadiah utama Kategori Silver adalah berupa kereta Proton S70 Flagship X, pemenang kategori Gold (Proton X50 Flagship) dan kategori Platinum (Proton S90 Flagship).

Hadiah kedua Kategori Silver akan menerima Motosikal Yamaha NVX 155cc manakala kategori Gold (Motosikal Yamaha XMAX 250cc )dan hadiah bagi pemenang Kategori Platinum (Motosikal Yamaha MT09).

Pemenang tempat ketiga bagi kategori Silver pula akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000, kategori Gold (RM20,000) dan kategori Platinum (RM30,000)

Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

Untuk rekod, sehingga 31 Disember 2023, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM17.39 bilion dengan akaun sebanyak 6.25 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI