fbpx

Perak Sejahtera 2030 jadi aspirasi masa depan orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (empat dari kanan) ketika menghadiri Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata antara intipati pelan Perak Sejahtera 2030 ialah melaksanakan polisi yang berkaitan cita-cita dan harapan orang muda.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak memaklumkan, lebih separuh penduduk negeri itu berusia 15 hingga 40 tahun.

“Pandangan golongan muda dan buah fikiran mereka harus digarap dalam agenda pembangunan masa depan. Pelan Perak Sejahtera 2030 merangkumkan usaha dan ikhtiar kita untuk mencipta kecerahan masa depan untuk orang muda.

“Ini kerana pelan ini menanggapi banyak isu dan perkara yang menjadi kebimbangan dan keresahan anak muda seperti isu pengangguran, akses pendidikan, perumahan dan kemudahan akses kesihatan,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapan penggulungan sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.

Perak Sejahtera 2030 merupakan pelan komprehensif dirangka untuk pembangunan jangka panjang negeri yang turut menumpukan pembangunan modal insan dan belia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI