fbpx

Impian nenek mahu Nor Amar bersekolah di Bachok tidak tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Nor Amar (gambar kecil) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuau, Bachok, sebentar tadi.

BACHOK – Impian seorang nenek untuk melihat cucu sulongnya bersekolah di Bachok tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas bersama dua rakannya semasa mandi di dalam kolam latihan kereta kebal, di Kem Batu Lima, Mentakab dekat Pahang, semalam.

Zahiran Mat Yusoff, 57, berkata, mengikut perancangan, cucunya, Nor Amar Mukhlis Anizan, 13, akan pulang ke kampung halamannya di Kampung Kuau, di sini, selepas bapanya berpencen daripada Angkatan Tentera (ATM) pada Jun depan.

Menurutnya, dia sangat gembira apabila mengetahui keluarga anaknya, Anizan Mat Daud, 40, akan menetap di Kelantan selepas merantau sebagai anggota ATM.

“Alangkah terkejut saya apabila mendapat berita Nor Amar meninggal dunia akibat lemas di dalam kolam. Saya sangat sedih dengan perkhabaran itu kerana saya baru sahaja bertemu dengannya semasa cuti sekolah Disember lalu.

“Semasa mereka pulang, Anizan ada maklumkan dia dan keluarga akan pulang dan menetap di sini Jun depan. Arwah juga akan bersekolah di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di rumahnya di Kampung Kuau, di sini sebentar tadi.

Zahiran memberitahu, ibu kepada arwah ada memaklumkan bahawa cucunya itu dilihat menjadi lebih pendiam dua hari sebelum kejadian.

Katanya, arwah juga dikatakan sempat menunaikan solat asar dan membaca al-Quran sebelum keluar ke kolam tersebut.

“Mengikut maklumat yang saya dapat, arwah keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya. Semua ahli keluarga menyedari dia tiada di rumah selepas salah seorang rakannya memaklumkan bahawa arwah lemas di kolam tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, jenazah Nor Amar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuau, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan tiga sahabat yang dipercayai mandi di dalam kolam latihan kereta kebal berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak berkenaan ditemui lemas.

Mangsa yang maut di dalam kolam sedalam 2.1 meter itu melibatkan tiga mangsa iaitu Nor Amar bersama dua rakannya, Aiman Syafiq Sudirman,11, dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, 11. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI