fbpx

Aina Abdul, Shiha Zikir bergabung, berjangkit gila-gila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT spontan Shiha dan Aina yang digabungkan dalam satu acara baru-baru ini benar-benar menggeletek hati peminat.

KALAU tak lucu, bukan Shiha Zikir namanya. Ada sahaja perangai gila-gila yang dilakukannya dalam media sosial.

Terbaharu, dia mengajak Aina Abdul membuat cabaran bercakap sambil tersenyum tanpa membuka mulut.

Cabaran tersebut memerlukan Aina berbual dengan Shiha dengan hanya tersenyum sambil mengetap gigi.

Lucunya, cabaran yang dinamakan Shiha sebagai ‘kategori aderr’ tersebut disahut Aina dan dilakukannya dengan sempurna.

Gelagat dua penyanyi itu membuatkan ramai terhibur dan tidak kering gusi dibuatnya.

“Habislah Aina pun sudah berjangkit rosak disebabkan Shiha.

“Cabaran pelik tetapi kelakar! Tak sangka Aina pun melayan perangai sebegitu, luculah,” kata netizen terhibur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI