fbpx

17 pusat pelacuran diserbu, 67 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barang rampasan susulan serbuan di 17 pusat pelacuran di seluruh negeri, Khamis lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 67 individu ditahan susulan serbuan Op Noda Khas yang dijalankan di 17 premis pusat pelacuran di seluruh negeri ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia lingkungan berusia 21 hingga 61 tahun.

Katanya, serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) turut merampas pelbagai jenis dadah.

“Dalam serbuan yang dilakukan seluruh negeri itu, seramai 67 orang telah ditahan terdiri daripada lapan lelaki tempatan, enam lelaki warga asing, empat wanita tempatan dan 49 wanita warga asing.

“Dalam serbuan ini juga, polis merampas wang tunai berjumlah RM 57,447 dan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 2.58 kilogram (kg),” katanya kepada pemberita hari ini.

Selain itu, dalam serbuan sama, polis turut merampas pelbagai jenis telefon bimbit, botol minyak urut, tisu, pelincir jenama KY, kondom, resit dan jadual kerja.

Kumar berkata, kesemua tangkapan telah dibawa ke makhamah bagi permohonan tahanan reman.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI