fbpx

1.85 juta penduduk sudah kemas kini, daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik pendaftaran terkini Padu yang dikongsi di laman Facebook PADU Official.

PETALING JAYA – Seramai 1.85 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat dan mendaftar dalam Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga tengah malam tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook PADU Official, jumlah tersebut adalah daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mengemas kini maklumat dalam sistem Padu.

“Sehingga 26 Januari 2024 pukul 11.59 malam, bilangan individu yang telah mengemas kini maklumat adalah seramai 1.85 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem Padu berdasarkan sumber data pentadbiran,” katanya.

Berdasarkan statistik yang dikongsi di laman Facebook itu juga, penduduk Selangor paling ramai telah melakukan kemas kini dan pendaftaran Padu iaitu kira-kira 320,000 orang diikuti Sarawak (250,000) dan Johor (180,000).

Sistem Padu akan dibuka kepada pengguna bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2024 bagi tujuan kemas kini dan pengesahan maklumat individu.

Manakala bermula 1 April 2024, data dan maklumat yang dikemukakan dalam sistem itu akan dianalisis berdasarkan kes gunaan untuk menentukan kumpulan sasar bagi penyasaran semula subsidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI