fbpx

Kerajaan salur RM5 juta kepada FAM, tingkat prestasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita di Restoran Nasi Kandar Pelita, Desa Sri Hartamas, di sini hari ini. -Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan khas sebanyak RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana tersebut akan disalurkan dengan kadar segera bagi mengurus pasukan bola sepak negara sekali gus meningkatkan keupayaan mereka.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya membuktikan keupayaan mereka dengan semangat juang yang tinggi.

“Saya telah menyaksikan pertarungan hebat pasukan Harimau Malaya malam tadi dimana mereka menunjukkan keupayaan dan kesungguhan.

“Semangat mereka tidak lusuh walaupun setelah kalah dalam dua pertarungan tetapi tetap menunjukkan satu perlawanan yang sangat menakjubkan bertarung dengan pasukan yang kuat, Korea Selatan.

“Kerana menunjukkan semangat sedemikian, dengan pertimbangan Menteri Belia dan Sukan, kerajaan bersetuju meluluskan tambahan RM5 juta kepada FAM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Restoran Nasi Kandar Pelita, Desa Sri Hartamas, di sini hari ini.

Semalam, skuad Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3, sekali gus menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia pulang membawa satu mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI