fbpx

Ramai kecam tiga beranak bersilat di Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan tiga individu dipercayai rakyat Malaysia bersilat di pekarangan Masjid Nabawi mendapat kecaman daripada orang ramai.

Perbuatan seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak lelaki itu dirakam sebelum dimuat naik di TikTok atherabbas.

Video itu turut tular dalam aplikasi X.

Melalui rakaman berdurasi 22 saat itu, kelihatan ketiga-tiga individu berkenaan lengkap berpakaian tradisional dan membuat persembahan silat sambil dirakam seorang wanita.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang dikatakan tidak menghormati Tanah Suci.

“Jemaah datang Masjid Nabawi hendak beribadat, ziarah makan Baginda. Tak terfikir nak buat benda begini,” kata Firdhaus.

“Ramai orang menangis bila sampai ke makam nabi, gembira tak terhingga. Perasaan bercampur sedih bila tiba masa hendak tinggalkan Masjid Nabawi. Tapi puak ini pergi bersilat di sana, apa agaknya dalam fikiran mereka,” kata Roman.

“Makin lama makin bebal manusia demi sebuah video content (kandungan). Sumpah memalukan,” kata Shahir.

“Ibadat adalah content, masa kini. Lebih mengharap viral daripada reda. Masalah bangsa kita sekarang,” kata Great.

Sehingga kini, video tersebut meraih sebanyak 1.2 juta tontonan di dalam aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI